ANEKDOT: JAM

             Pada suatu malam, saya terlalu mengantuk dan tidur awal pada jam lapan. Sebelum tidur, saya siapkan barang-barang kepeluan untuk ke sekolah esok pagi. Kemudian, saya masuk bilik dan tidur.

            Seperti biasa, ibu yang akan kejutkan saya setiap pagi. Ibu masuk bilik saya, buka lampu dan matikan kipas. Memang itulah cara ibu mengejutkan saya.

            Saya pun bangun dengan mamai dan menuju ke tandas. Saya solat subuh dan persiapkan diri dengan memakai baju sekolah. Setelah itu, saya turun ke dapur untuk bersarapan.

            Apabila saya masuk dapur, ibu memandang saya pelik. Ibu bertanya, “Nak pergi mana?”

            Saya pun menjawab, “Pergi sekolah lah. Pergi mana lagi?”

            Ibu tersenyum-senyum lalu berkata, “Cuba tengok jam sekarang pukul berapa.”

            Saya pandang jam di dinding. ‘9.30 p.m.’ Saya jadi terkejut.

            Ibu pun berkata, “Lain kali tengoklah jam dulu. Ibu kejutkan tadi sebab nak pastikan kamu dah siapkan kerja sekolah sebelum tidur.”

            Saya berasa geram kerana tertipu lalu berkata, “Ibu ni. Kacau je orang tidur. Kerja dah siap lah.”

            Saya naik ke bilik semula untuk sambung tidur. 

Comments