ANEKDOT: SOLAT TARAWIH

            Malam itu, seperti biasa pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah akan bersolat tarawih secara berjemaah di dewan besar. Saya dan dua orang rakan berada di saf paling hadapan untuk jemaah perempuan. Tetapi malam itu saya terlalu mengantuk dan terhuyung-hayang ketika solat Isyak.

            “Tak payah lah kau tarawih. Kritikal sangat ni,” kata salah seorang kawan saya.

            “Aku boleh tahan lagi ni,” jawab saya.

            Kemudian, kami semua mula bersolat tarawih. Saya bersolat sambil memejam mata tetapi saya tidak tidur. Tibalah waktu untuk bangun dari sujud. Saya bangun dan terus duduk tahiyat akhir. Lama saya tunggu tetapi imam tidak juga memberi salam. Saya pun buka mata. Jemaah lain semua sedang rukuk. Rupa-rupanya tadi saya sujud rakaat yang pertama. Cepat-cepat saya bangun dan ikut mereka rukuk. Dalam hati, sudah terbahak-bahak saya ketawa kerana kebodohan diri sendiri. 

Comments